Cogitation

It is clear, then, that wisdom is knowledge having to do with certain principles and causes. But now, since it is this knowledge that we are seeking, we must consider the following point: of what kind of principles and of what kind of causes is wisdom the knowledge? (Aristotle)

^-^ selamat hari raya ^-^


Assalamualaikum wbt.

Peace to you guys. How’s your preparation for Hari raya Aidilfitri? Hope all the preparations gonna be complete before the end of ramadhan. We almost near to our big celebration day right. I also not escape from doing the same thing likewise you guys did. hehehe You know guys, I become impatient waiting that day coming. I’d already buy a new “songkok” and it looks nice and suit with me.hahaha Besides that,  this semester become a very memorable to me because this semester is the first time I’m fasting in University, iftar and shopping raya with my friends. Every minutes and every second was high precious value in our memory. Finally, hope next time ramadhan will give us a one shot good nostalgia again..kikikiki

ANYWAY, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TO MUSLIM AND MUSLIMAH AND NOT FORGOTTEN TO MPP, MY FRIENDS, AND ALL BLOGGERS!!

Siapakah sitolol itu?


Assalamualaikum wbt.


Pertama sekali, apa khabar? Saya harap anda semua dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat. Ini adalah coretan saya yang kedua tentang pemerhatian saya dialam kampus UNISEL. Saya ingin menyentuh tentang pemikiran dan pandangan “hamba Allah” yang bertugas diunit tertentu. Cerita yang ingin saya sampaikan ini berkisar tentang betapa lemahnya minda sesorang individu yang tidak berfikiran terbuka dan tidak melihat sejauh mana kata-kata atau pandangan yang ingin disampaikan, umpama merempit tanpa memakai helmet lagaknya. Walaupun hamba Allah ini bekas graduan dari Unisel tetapi pemikirannya masih ditakuk ruang yang sempit.
Tanpa berlengah masa lagi, begini, minggu lepas saya mengikuti kelas kokurikulum (koko) dimana kelas ini telah diajar oleh “hamba Allah” yang telah saya sebutkan di atas. Pengajaran yang beliau sampaikan tidaklah begitu menarik walaupun beliau cuba membuat lawak bodoh tetapi tidak ada pelajar yang terhibur dengan lawaknya dan secara tidak lansung menyebabkan beliau kelihatan seperti seorang pak lawak atau badut yang bodoh diatas pentas. Nak dijadikan cerita semasa beliau sedang mengajar, beliau telah menyentuh tentang “jika ada isu yang berbangkit jangan salahkan orang lain salahkan diri sendiri”, “bila anda menuding jari ke orang lain lihat jari lain yang terarah ke diri sendiri”. Saya berfikir mengapa dia bercakap begitu? Semasa saya pergi ke rumah sahabat saya, saya telah menimbulkan persoalan yang bersarang dikepala saya ini. Sahabat saya ini mempunyai pengalaman yang luas dalam politik kampus dan telah merasai kebangkitan sebenar mahasiswa semasa beliau dipengajian diploma dikolej lama beliau. Sahabat saya ini mengatakan bahawa hamba Allah tersebut berfikiran sempit. Sepatutnya hamba Allah tersebut perlu memikirkan dengan lebih dalam mengapa sesuatu masalah atau sesuatu isu timbul. Bak kata orang, “ jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang”. Sepatutnya pihak tertentu perlu mengkaji kenapa ada pihak yang bersuara lantang dalam membawa sesuatu isu atau masalah. Pihak yang bersuara lantang tidak akan bersuara menentang jika tiada isu atau masalah yang timbul. Ingin saya selitkan sedikit dengan suasana politik diluar sana. Seperti yang kita ketahui, perhimpunan yang dianjurkan seperti BERSIH dan lain-lain perhimpunan yang aman bukanlah perhimpunan yang haram tetapi pihak kerajaan yang diperintah oleh orang tertentu telah mengatakan ianya adalah demonstrasi jalanan yang berunsurkan kekacauan kepada ketenteraman awam. Kerajaan yang kita sayangi ini telah melaungkan dasar demokrasi kononnya kita boleh bersuara dalam menyatakan ketidakpuasan hati dalam setiap isu yang timbul, tetapi saya tidak nampak dimana ruang untuk rakyat bebas bersuara selagi Akta ISA  tidak dimansuhkan oleh kerajaan yang diterajui logo cap dancing. Ingin saya mengambil contoh negara yang betul-betul demokrasi dari sahabat saya yang saya ceritakan tadi, beliau telah pergi ke korea dan berasa terkejut dengan corak pemerintahan disana kerana memberikan sepenuh hak bersuara kepada rakyatnya. Setiap isu yang timbulkan akan ada perhimpunan secara aman yang dikawal oleh polis dan polis yang berkawal akan mengiringi kumpulan yang berhimpun sehingga ke pejabat perdana menteri. Dan yang paling membuatkan sahabat saya “salute” pada mereka, setiap kali perhimpunan yang dianjurkan dihadiri dari sekecil bayi, budak berusia 1 tahun hingga ke orang tua. Tetapi berbeda sekali di Malaysia, rakyat baru berhimpun tetapi polis dan FRU telah datang seperti amukan lembu jantan dan tanpa sebab menyemburkan gas pemedih mata  ke arah mereka. Siapa yang tidak marah jika diserang tanpa sebab.
Berbalik kepada cerita tadi, hamba Allah tersebut cuba membuat kesimpulan bahawa undang-undang perlu diikuti bukan untuk ditentang. Ingin saya tegaskan disini, undang-undang yang dicipta oleh manusia tidak pernah sempurna dan undang-undang dunia  ini jugalah yang menyebabkan manusia yang berkuasa menindas insan yang lemah dan mengunakan kuasa undang-undang dunia untuk menutup kemungkaran yang dilakukan. Undang-undang dunia jugalah yang menyebabkan manusia semakin alpa dalam mencorak kepimpinan yang telus dan jujur. Saya tidak mengatakan undang-undang dunia adalah 100% tidak boleh digunakan. Apa yang saya maksudkan didalam konteks ini adalah kita boleh mencipta tetapi tidak mungkin sempurna sebagaimana undang-undang yang telah tertulis didalam Al-Quran. Dan jika ada undang-undang yang menindas atau menyusahkan hak-hak kita, kita sepatutnya menentang. Bak kata sahabat saya, “Undang-undang yang dicipta bukan untuk menyusahkan rakyat tetapi untuk menyenangkan rakyat.” 
Selain itu, rupa-rupanya hamba Allah ini adalah seorang yang panas baran juga. Mengapa saya berkata begitu? Semasa minggu pertama saya mengikuti kelas beliau, saya berserta kawan-kawan yang lain telah diberi amaran supaya jangan menimbulkan masalah yang boleh menyebabkan dia boleh membaling kerusi kearah kami. Saya terkejut dan bertanya-tanyakan sesama kami bagaimana beliau boleh mengajar kami? Apakah kelayakan beliau untuk bercakap begitu terhadap kami? Kami bukan lagi budak-budak kecil yang boleh dilayan sebegitu teruk. Sepatutnya hamba Allah yang “tolol” ini perlu berfikir dahulu sebelum bercakap bukan bercakap seperti orang yang tidak bersekolah. Mungkin beliau tidak tahu bercakap dengan berhemah dan tidak tahu cara mengajar dengan betul. Selepas ini harapan saya agar Unisel memilih pengajar yang baik walaupun sekadar pembantu pengajar sahaja.
Akhir kata, dalam menjana pemikiran yang luas, perlu berfikir secara mendalam dan melihat setiap pro dan kontra setiap kejadian yang berlaku. Kaji apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya. Sekiranya kita bercakap dan bertindak dengan sewenangnya maka kita akan diumpamakan seperti "sitolol" seperti diatas.


Terima kasih.

Dimana pemimpinku?


Assalamualaikum wbt.
Saya menulis tentang tajuk ini bukan untuk mencari kontroversi mahupun provokasi untuk pihak tertentu. Tetapi saya cuba ketengahkan tajuk ini kerana dari permehatian saya sebenarnya mahasiswa UNISEL ada semangat kebangkitan untuk menentang dan berfikir tentang implikasi dari sesuatu isu yang tidak memuaskan hati mereka. Tetapi mereka tidak mengenali “leader” yang ada untuk membawa suara ketidakpuasan hati mereka ke atas. Mengapa saya membuat statement begitu? Seperti yang kita sedia maklum dari awal lagi bahawa pelajar yang datang ke unisel hanya datang untuk aktif dalam berpesatuan, kelab, dan untuk mendapatkan “pointer” sebagus yang mungkin tetapi tidak mahu aktif dalam politik kampus. Mungkin kerana mereka ini tiada pendedahan atau tidak berani terlibat dalam politik kampus kerana penangan dari Akta AUKU 1975 yang membosankan, yang menjelikkan kerana akta inilah yang membuatkan mahasiswa menjadi layu, tidak berfikiran matang, dan tidak keluar dari kepompong “dunia dalam tempurung”. Saya juga tidak menolak jika dikatakan mahsiswa zaman sekarang hidup dalam keadaan mewah, cakap apa sahaja, kereta? Motor? Duit tambahan jika duit PTPTN habis? Semuanya akan ditunaikan oleh satu saluran yang wajib iaitu “MBF-Mak Bapak Finance”.
Berbalik pada soalan yang saya ketengahkan tadi, mahasiswa unisel sebenarnya ada sekelumit “bara” kebangkitan yang terpendam didalam diri mereka, tetapi, tidak ada pihak yang ingin meniupnya untk menjadi “api” perjuangan yang marak. Mereka sebenarnya masih lagi dilema dalam tercari-cari pemimpin yang boleh didekati, yang bersuara lantang dalam menegakkan hak-hak pelajar, yang berkarisma, dan yang paling penting pemimpin yang “mesra pelajar” yang sering turun padang bertanyakan tentang masalah pelajar dan masalah yang terbuku didalam jiwa mereka secara bertentangan empat mata. Tetapi saya tidak nampak lagi pemimpin yang berkarakter seperti yang saya katakan diatas (kecuali seorang dua sahaja). Lebih-lebih lagi pemimpin yang tidak mesra pelajar. Dimana pemimpin pelajar unisel? Sering pelajar-pelajar ini bertanyakan dimana pemimpin tertinggi, dimana pemimpin yang boleh bersuara lantang walaupun hanya satu masalah yang kecil sahaja, dan dimana pemimpin yang mereka boleh dekati untuk bersemuka secara santai dan berbicara tentang hak-hak pelajar diunisel? Pemimpin yang bagus perlu mendekati rakyatnya, bukan berjauhan dengan rakyatnya. Pemimpin juga perlu bijak bermain buah percaturan dalam memenangi hati rakyatnya biarpun kerja yang dilakukan tidak nampak dipandangan kasar tetapi biarlah objektif yang dilaungkan dibawa bersama-sama. Saya akui bahawa pelajar-pelajar unisel tidak ada keterbukaan hati dan minda dalam menghayati saluran-saluran seperti blog, email dan lain-lain. Ini lah cabaran sebenar kepada pemimpin untuk menarik minat mereka terhadap saluran alternatif tersebut. Ini akan menjadi lebih menarik jikalau pemimpin bersama pelajar membawa isu yang panas bersama-sama untuk dirungkaikn didepan pihak yang tidak bertanggungjawab secara bertentang empat mata. Barulah, pihak pengurusan nampak akan gelombang tsunami kebangkitan mahasisawa UNISEL. Tetapi untuk mendapatkan sokongan seperti berikut pemimpin perlulah merobah strategi pendekatan agar pelajar-pelajar unisel sedar akan tanggungjawab mereka dan sedar akan kehadiran pemimpin unisel didepan mata mereka dan suara ditelinga mereka.
Akhir kata, pelajar dan pemimpin saling memerlukan antara satu sama lain. Pemimpin yang berwibawa tidak gentar akan risiko yang akan dihadapinya walaupun digertak, diugut, dimaki hamun, namun idieologi yang diperjuangkan tidak akan luntur jika apa yang diperjuangkan mendapat sokongan bak ribut taufan dari pelajar. Tanpa pemimpin hak-hak pelajar sukar diperjuangkan manakala tanpa sokongan pelajar, suara-suara yang dibawa pemimpin dianggap seperti tikus yang ingin menentang kucing.

^Read and think, is it suitable with ur character^

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO DR. FADZILAH KAMSAH

JANUARI
- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
- Suka mendidik dan dididik
- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan mudah mengkritik
- Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan dan hasil
- Suka smart, kemas dan teratur
- Bersikap tenang dan sensitif
- Berfikiran yang mendalam
- Pandai mengambil hati orang lain
- Pendiam kecuali selepas diransang
- Agak pemalu
- Daya tumpuan yang sangat tinggi
- Mudah mendisiplin diri sendiri
- Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
- Bersikap romantik tapi tidak pandai mempamerkannya
- Cukup sayang pada kanak-kanak
- Suka duduk dirumah
- Setia pada segala-galanya
- Perlu belajar kemahiran sosial
- Sikap cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
- Berfikiran warak
- Sukakan benda yang realiti dan abstrak
- Intelligent ,bijak dan genius
- Berpesonaliti yang mudah berubah
- Mudah menawan orang lain
- Agak pendiam,pemalu dan rendah diri
- Jujur dan setia pada segalanya
- Keras hati untuk mencapai matlamat
- Tidak suka dikongkong
- Mudah memberontak apbila dikongkong
- Suka kegiatan lasak (Kerja luar)
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
- Mudah mempamerkan marahnya (emosinya)
- Tidak suka benda yang remeh-temeh(banyak guna otak kanan)
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- Sangat berani dan mudah memberontak
- Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
- Pemerhatian yang tajam
- Suka hiburan dan sukan
- Suka benda yang bersifat seni (hindustan)
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
- Kecenderungan pada benda yang tahyul
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- Belajar untuk mempamerkan emosinya

MAC
- Berpesonaliti yang menarik dan menawan
- Mudah didampingi
- Sangat pemalu dan pemendam rasa
- Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)
- Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian
- Sangat peka kepada orang lain
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
- Tidak cepat marah dan sangat amanah
- Tahu balas dan kenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam
- Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal
- Suka berangan-angan
- Suka melancong
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
- Kelam-kabut dalam memilih pasangan
- Suka dengan hiasan rumah tangga
- Punyai bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan kepada benda yang baik(istimewa)
- Tidak terlalu moody

APRIL
- Sangat aktif dan dinamik
- Cepat bertindak,buat keputusan tetapi cepat menyesal
- Sangat menarik dan pandai memanjakan diri
- Punya daya mental yang sangat kuat
- Suka diberi perhatian (diberi pujian)
- Sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang lain.
- Suka adventure
- Pengasih,penyayang,sopan-santun dan pemurah
- Emosi cepat terusik
- Kecenderungan bersifat dendam
- Agresif,kelam kabut(Buat kerja pantas)
- Kelam-kabut dalam membuat keputusan
- Kuat daya ingatan
- Instint power, gerak hati yang sangat kuat
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
- Berpenyakit disekitar kepada dan dada
- Mudah dan terlalu cemburu

MEI
- Keras hati dan degil
- Semangat dan bermotivasi tinggi
- Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
- Berfikiran tajam
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Perasaan yang amat mendalam
- Cantik dari segi fizikal dan mental
- Tidak perlu dimotivasikan
- Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
- Mudah dipujuk
- Bersikap sistematik (otak kiri)
- Suka berangan
- Kuat daya firasat(memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu)
- Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
- Daya khayalan yang tinggi
- Berfikiran tajam
- Pandai berdebat
- Bentuk fizikal yang baik dan menarik
- Kelemahan sistem pernafasan
- Suka sastera, seni dan muzik serta melancong
- Tidak berapa suka duduk dirumah
- Tak mempunyai ramai anak
- Tak boleh duduk diam
- Rajin dan bersemangat tinggi
- Agak boros

JUN
- Berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual)
- Mudah tertawan kerana sikap baik
- Berperangai yang lemah lembut
- Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood
- Idea yang terlalu banyak didalam kepala
- Bersikap sensitif
- Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera
- Bersikap suka menagguh-nangguh
- Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
- Cepat marah tapi cepat sejuk
- Suka bercakap dan berdebat
- Suka buat lawak dan bergurau
- Otaknya cerdas dan berangan-angan
- Mudah dan pandai berkawan
- Orangnya sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Mudah kecil hati
- Mudah kena selsema
- Suka berkemas
- Cepat rasa bosan
- Bersikap terlalu memilih dan cerewet
- Kurang mempamerkan perasaan
- Lambat nak sembuh apabila hatinya terluka
- Suka barangan berjenama
- Kedegilan yang tidak terkawal

JULAI
- sangat seronok didampingi
- banyak berahsia dan sukar dimengerti (lelaki terutamanya)
- agak pendiam kecuali dirangsang
- ada harga dan maruah diri
- tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
- mudah dipujuk dan bercakap lurus
- sangat menjaga hati orang lain
- sangat peramah
- emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya
- berjiwa sentimental
- jarang berdendam
- mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
- tidak suka benda yang remeh temeh
- sangat peka, caring, mengasihi sayang
- membimbing cara fizikal dan mental
- layanan yang serupa dengan semua orang
- tinggi daya simpati
- pemerhatian yang sangat tajam
- suka menilai orang lain dengan pemerhatiannya
- mudah dan rajin belajar
- suka muhasabah diri
- suka mengenang peristiwa lama atau kawan lama
- sensitif tapi lambat untuk pulih
- suka mendiamkan diri
- suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
- tak agresif, kecuali terpaksa
- lemah dari segi kesihatan perut
- mudah terkena kanser payudara
- mudah gemuk kalau tak kawal diet
- suka duduk di rumah
- terlalu mengambil berat
- rajin dalam membuat kerja

OGOS
- suka berlawak
- orang yang mudah tertawan kepadanya
- sopan santun dan caring terhadap orang lain
- berani dan tidak tahu takut
- orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
- pandai pujuk orang lain
- terlalu pemurah, tetapi bersikap ego
- nilai harga diri yang sangat tinggi
- dahagakan pujian-pujian
- cepat marah dan mudah mengamuk
- mudah marah apabila cakapnya dilawan
- mudah kasihan pada orang lain
- cepat cemburu
- daya pemerhatiannya tajam dan teliti
- fikiran yang mudah berdikari
- suka memimpin dan dipimpin
- sifat suka berangan-angan, berbakat dalam bakat senilukis, hiburan dan silat
- cepat sembuh bila ditimpa penyakit
- belajar untuk relaks
- ada sikap kelam kabut juga
- romantik, pengasih dan penyayang
- suka mencari kawan
- cepat berfikir dan teliti

SEPTEMBER
- sangat bersopan santun
- mudah bertolak ansur
- sangat cermat teliti dan teratur
- suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
- pendiam tapi pandai bercakap
- sikapnya sangat cool
- sangat baik dan mudah simpati
- sangat prihatin dan berperinci
- amanah, setia dan jujur
- kerja yang dilakukan sangat sempurna
- sangat sensitif yang tidak diketahui
- orangnya banyak berfikir tapi pendiam
- daya pentaakulan yang baik
- otak bijak dan mudah belajar
- suka mencari maklumat
- kawal diri dari terlalu mengkritik
- pandai mendorong diri sendiri
- mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
- simpan rahsia
- suka sukan, hiburan dan melancung
- kurang menunjukkan perasaannya
- terluka hatinya sangat lama disimpan
- terlalu memilih pasangan
- sukakan benda yang luas
- kerja bersistematik

OKTOBER
- cukup seimbang
- suka kepada orang yang sayang padanya
- suka ambil jalan tengah
- sangat menawan dan sopan santun
- kecantikan luar dan dalam
- tidak pandai berbohong dan berpura-pura
- mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
- sentiasa suka berkawan
- hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama
- ada kala cepat marah
- macam mementingkan diri sendiri
- tidak menolong orang kecuali diminta
- suka melihat dari perspektifnya sendiri
- tak suka terima pandangan orang lain
- emosi yang mudah terusik
- suka berangan-angan dan pandai bercakap
- emosi yang kelam kabut
- daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
- suka melancong, bidang sastera dan seni
- pengasih, penyayang dan lemah lembut
- romantik dalam percintaan
- mudah terusik hati dan cemburu
- ambil berat tentang orang lain
- suka kegiatan luar
- sukakan keadilan
- boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
- ada kalanya mudah patah semangat

NOVEMBER
- banyak idea dalam kepala
- sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya
- berfikiran terkehadapan
- berfikiran unik dan bijak
- penuh dengan idea-idea baru dan luar biasa
- pemikiran yang tajam
- daya firasat yang sangat halus dan tinggi
- bagus untuk jadi doktor dan kerjaya yang hampir menyamai
- cermat dan teliti
- dorongan seks yang agak tinggi
- personaliti yang dinamik
- sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
- banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
- berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
- terlalu degil dan keras hati
- apabila hendak diusahakannya sampai berjaya
- tidak suka marah kecuali dikacau dan digugat
- mudah ambil berat tentang orang lain
- pandai muhasabah diri
- cara berfikir lain daripada orang lain
- otaknya sangat tajam
- pandai mendorong diri sendiri
- tidak hargai puji-pujian
- kuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
- apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
- badan yang tough
- kasih sayang dan disayangi sangat mendalam
- romantik
- yakin dengan hubungan kasih sayang
- suka duduk di rumah
- sangat rajin berkemampuan yang tinggi
- amanah, jujur dan setia dan pandai berahsia
- tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
- bercita-cita tinggi

DISEMBER
- sangat setia dan pemurah
- bersifat patriotik
- sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
- sikap kurang sabar, kelam kabut dan tergesa-gesa
- bercita-cita tinggi
- suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
- sangat menarik dan seronok didampingi
- suka bercampur dengan orang lain
- suka dipuji
- diberi perhatian dan dibelai
- sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
- tidak pandai berpura-pura
- ada kalanya cepat marah
- perangai yang berubah-ubah
- tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
- benci kepada kongkongan
- pandai buat lawak dan memikir dengan logic
 
So, bagaimana? Adakah bulan yang telah dikaji sesuai dengan karakter anda?

~Mukadimah pembuka kata~


Bismilahirrahmanirahim,
Assalamualaikum wbt,
Peace to everyone, I’m Jentayu the owner of this blog. I’m a new comer in the blog world. Before this I never known about blog, what is blog, what a function of blog, what the advantage of blog and so on. But today, after I have been introduce  what is blog by my friends from MPP Unisel, then my heart was open to create a blog to throw out the ideas and share the opinion. To all blog followers please share with me a good idea and give me a good comment or critic to improve my blog n my self. So here I come with a simple blog and thank god this is my first post. Lets us strive the success in life.